Penelitian secara ilmiah Hantu_bidai

Hantu bidai ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak pergi berenang secara bersendirian. Ini disebabkan mandi tanpa pengawasan orang tua amat merbahaya kerana kanak-kanak tersebut mungkin akan berhadapan dengan bahaya lemas atau terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam air. Dengan itu hantu bidai dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.